Wednesday, May 16, 2012

Nak Beli Lain Tapi Terbeli Lain

Malam semalam tujuan asalnya nak pegi jusco nak cari seluar kerja tp memandangkan takda yg berkenan so kita grab menda lain. saje try rasa best lak.... sng nak dukung anak, sesuai lah dgn status seorang mak.... susah nak pakai heels so beli loafer sng.... hajat di hati nak beli timberland tp nak survey tak pegi2 pon. hari tu nmpk kat pyrmid mmg cun tp takut ada lg cun tu nak cuci2 mata dulu. aku bkn jenis org yg suka brg branded. apa yg selesa berkualiti aku pakai... takda masalah langsung. tp kalau aku nak beli yg branded pon bersebab. salah satu sbb aku nak merasa duit berniaga on9 aku. so bila pakai nampak la hasilnya dan puas hati. kalau duit gaji mmg tak laaa... bayar tu ini tgk2 dah habes heeeee..... sementara survey yg aku berkenan tu jln2 malam td berkenan jgk dgn loafer carlo rino. sale pulak tu apa lg.... lalalalala lah! hahahhaa..... ada nampak org jual kat on9 murah Rm35 je cantik laktu tp tak tgk dpn2 tak berani beli. maklumlah kaki size kapal. karang beli tak kena size lak.....baru lah bole geng dgn Encik hasben yg suka pakai loafer jugak hew hew.... bye2 heels, hye loafer :)


Wednesday, March 28, 2012

Sakit Jantung Aku!!!!!

25hb Mac 2012 genaplah umur Adam Shaqiel 9 bulan.... dengan bertambah umurnya maka bertambah-tambah lah juga perangainya ye.... 9 bulan nih baru nak tumbuh gigi bawah 2 batang, rambut pulak tumbuh jarang2 je tak berapa menunjukkan kemajuan, suka panjat2, kuat memberontak, dah tak suka susu sgt, sehari dalam 3 kali je tp bab mkn mata terbeliak terus hahaha.... dah pandai tepuk amai2, dah pandai bye2 tp tu tengok mood dia lah.... kalau dia rajin time kita nyanyi pok amai2 tu dia pon tepuk2 tangan lah. mcmtu gak dgn bye2.... kalau tak rajin mmg dia buat hal sndri je.....

okay... nak dijadikan cerita satu hari lepas blk keja, aku letak adam dalam walker dan aku pon mengemas bilik.... tgh dok leka kemas bilik tiba2 ada org bg salam..... astaghfirullahalazim..... aku tgk adam sengih2 melompat lompat dlm walker dia... mcmne tiba2 adam bole ada kat luar? mcmna dia bole terlepas???? rupa2nya dia tolak grill guna walker dia.... adam mmg suka tgk budak2 main kat depan rumah tu.... tp tak sangka lah gigih sampai nak join dorang main. dorang tu semua dah besar2 adam tu kecik lg. tak sesuai tauuuuu!!!! nasib lah slmt.. alhamdulillah.... dalah skrg ni byk kes culik2. so pengajarannya lps kejadian tu aku pastikan grill sntiasa di lock.....

ini pulak cerita smlm.... kalau nak buat kerja rumah aku mmg suka letak adam dlm walker. so smlm time aku tgh iron baju kerja aku pon biarlah dia buat kerja dia... dah habis iron baju aku pon nak pegi kat dia.... tengok2 dia tgh main2 kat lantai.... aikkkk.... td dlm walker.... mcmne lah dia bole keluar???? nasib tak jatuh kalau tak maunya benjol kepala....

budak2 zaman skrg ni mmg lasak agaknya. nasib takde sakit jantung kalau tidak dah gol mak ko nih adam oiiiii..... hahahahaa...... tiap2 bulan ada je perangai barunya.... letih but enjoy!!! byk mengajar erti kesabaran. membesar dgn sihat ye nak.... jadi anak yg baik & soleh :D

Haiiiii.... saya lah budak yg baik tuh :D

Tengok tuhhh... pantang nampak camera..... dia pon sibuk2 nak expose :P


Friday, February 24, 2012

Terapi Diri.....

Tengahri td jalan2 kat kompleks PKNS, nampk org bukak booth jual buku. kita pon selak2 lah. tp serius yg nih best byk sgt info. RM 15 je tp ilmu yg kita dpt tak ternilai. buku nih berkenaan dengan permasalahan semasa.... mudah & ringkas :)


Main Email....

Entry kali ni simple je.... Sedang sibuk mendodoikan anak, si suami bertanya....

Suami : u dah baca ke email i bagi?

Isteri : belum...... (buat layan tak layan cos ingt dia main2)

keesokan pagi bukak email tanpa memikirkan apa yg suami ckp.... bukak email sbb nak attach dokumen kat org je. Tiba2.....

(Click pada gambar utk nampak lebih jelas)

Hahahaa.... lawak laaaa. tinggal cakap guna mulut je bole pulak dia nak main email2 :)

Wednesday, February 1, 2012

Jatuh Cinta Dengan Tudung Jualan Sendiri......

Sungguhpon aku nih adalah penjual tudung on9 tp sebenarnya pasal shawl, pashmina ataupon tudung2 aku sendri aku tak penah up to date. pakai yg sedia ada je. aku ni kan simple semua pon bole.... orang dah tak pakai tudung bawal tp aku gigih lg. tp skrg bawal naik balik tau. macam2 style bole buat ;)

tp baru2 nih aku beli stock utk dijual tiba2 rasa nak beli untuk diri sendri jugak. dannnnn akhirnya aku pakai..... serius i likeeee!!! sebab aku ni suka jenis yg ringan2 dan tak panas lg 1 senang nak pakai. maklumlah ada baby mana sempat kau nak ber makeup, bersiap lama2 macam zaman anak dara kau dulu hehehehehe.....

kesimpulannya aku jatuh cinta dengan tudung yg aku jual sendiri..... lepas ni beli stock utk customer dan tak lupa untuk diri sendiri jugak! jum cantik sama2 :)

sekarang suka sangat pakai shawl macam ni sbb ringan tak pening kepala hehehehe,,,, harga pon mmg la murah. (abaikan muka yg tak make up selekeh baru balik kerja)

Leopard yg camnih pon suka. main pakai je tak payah susah2 pun nak iron. kan ke senang kerja :D

Ramai yg inbox mcmne nak pakai pashmina camnih. okay nanti ada masa aku buat tutorial eh... bukan apa. segan pon ada hahaha.... rakam2 pastu upload hehehe... kang aku yg gelak guling2 pastu delete :P


Friday, January 27, 2012

Cinta Muka Buku Yang Akhirnya Ke Jinjang Pelamin


Hehehehee..... Walaupon aku sangat tidak suka lagu cinta muka buku yg di nyanyikan oleh najwa latif tp ini betul2 telah terjadi kepada sahabat baikku..... bermula perkenalan hanya di facebook kemudian berjumpa dan akhirnya terjalin satu ikatan yg halal.... alhamdulilah. facebook nih bagus juga jika tidak disalah gunakan.....

Tahniah buat Siti Nursahira dan pasangannya Mohd Fariz kerana telah selamat diijab kabul baru2 ini..... aku pegi wedding dorang mmg best mood2 romantik gituuuu hehehee.... paling suka pelamin yg ada bunga2 sakura tu....

Pada sha dan fariz aku doakan korang bahagia ke akhir hayat semoga cepat2 dikurniakan cahaya mata nanti bole bg adam geng hahahaha ;)

okay mari tengok gambar yg sempat aku selitkan disini....

ini pic wedding dorang masa bersanding di pihak lelaki.... bukan takmo amek pic yg bersanding di pihak perempuan tp rasa lebih manis yg ni sbb after kawen sha sudah berhijab. alhmadulilah......

terpancar kebahagian di wajah pengantin ini. selamat berbulan madu hikhik.... pssstttt.... cun kan tudung yg sha pakai tu. dari mana lg kalau bukan dari http://www.facebook.com/AinnaPelangi amboiiii.... sempat kau nak promote kan ainnnn!!! teheeeeee :P

nih la satu2 nya pic di majlis sha yg aku ada. tu pon atas ihsan http://www.facebook.com/pages/Haziq-Saharuddin-Portrait-Wedding-Photography. Tenkiu Haziq!!! :)


Tuesday, January 17, 2012

Aku Yang Kau Nikahi.......



Aku Yang Kau Kahwini Adalah Wanita Biasa
Kepadamu yang menjadi pendampingku....
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih....
Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna….

Kerananya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah.....
Kepadamu yang memilihku....
Aku tak sebijak bunda khadijah,
kerananya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kaulah pemimpinku,

Duhai kau yang telah memilihku…..
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti
insya’Allah........

Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana…
Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur
kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu….

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
kerana kau adalah kekuatanku….

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku…..
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku…..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah
rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku.....
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu
mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku kerana aku bukan putri..
Aku hanya wanita biasa….
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA…..
semoga kita bisa sama-sama bahagia…